Saturday, January 18, 2014

Pemborong Pakaian Wanita - Wholesaler of Women's Clothing

Pemborong pakaian wanita (wholesaler of women's clothing) - Selamat datang ke blog khas pemborong pakaian wanita. Menerusi blog ini Admin akan jadikan medium untuk kongsikan bersama anda mengenai senarai pemborong pakaian wanita di Malaysia yang dipercayai.

Buat pengetahuan anda, senarai pemborong yang bakal admin dedahkan ini disenaraikan mengikut kategori tertentu seperti baju, tudung, jaket, beg, stokin, kasut dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita. Pengkelasan ini dilakukan bagi memudahkan anda memilih mana-mana pemborong mengikut niche yang berkaitan dengan perniagaan atau barang pilihan anda.

1. Pelbagai Pakaian - http://www.whizet.com/
2. Tudung - http://borongtudung.my, http://zanriasboutique.com/
3. Jubah - http://jubah.my
4. T-Shirt Muslimah - http://www.tshirtmuslimah.com/

Sebenarnya ada banyak lagi pemborong pakaian wanita di luar sana samada yang menjalankan operasi secara offline atau online, namun buat masa sekarang admin kongsikan 4 laman web pilihan dahulu. Admin pilih berdasarkan rating dan kebolehpercayaan laman web di atas.

Kepada Anda yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online, bolehlah jadikan senarai tersebut sebagai rujukan untuk anda memulakan perniagaan. Konsep perniagaan pakaian ini adalah mudah, sekiranya anda mempunyai modal maka bolehlah dengan memulakan bisnes dengan membeli secara bulk dengan harga murah daripada pemborong, namun seandainya anda mempunyai modal kecil atau tiada modal. Anda boleh menggunakan khidmat dropship (orang tengah) yang disediakan oleh pemborong.

Laman web no 1 dan 2 di atas ada menyediakan peluang untuk menjalankan dropship atau menjadi pengedar. Anda hanya perlu daftar dan menunggu pengesahan daripada pihak mereka menerusi email pendaftaran anda.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda mencari pemborong pakaian wanita, sekiranya Admin jumpa rujukan laman web lain yang dipercayai admin akan masukkan dalam senarai di atas. Sekiranya ada penambahan rujukan daripada pihak anda, Admin alu-alukan, pastikan ianya berbentu website dan komen di bawah, kemudian Admin akan masukkan sekali bersama-sama dalam senarai di atas. Sekian.